 |
|  |

"PENGARAH BESTARI"
Makluman:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dilancarkan dengan rasminya pada 16 April 2002 menggantikan Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB)

PEJABAT PENDAFTAR SYARIKAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA TINGKAT 11-17, PUTRA PLACE 100 JALAN PUTRA 50622 KUALA LUMPUR Ruj. Tuan: Ruj. Kami: PS PTN 66/14/24A CDTP/13(9A) Tarikh: 12 September 2001 KEPADA SEMUA PENGARAH SYARIKAT YANG TIDAK DISENARAIKAN ROC PROGRAM LATIHAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT (ROC CORPORATE DIRECTORS' TRAINING PROGRAMME) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacita saya memaklumkan bahawa pelaksanaan program latihan ini oleh Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan undang-undang syarikat dan tadbirurus korporat kepada semua pengarah syarikat yang tidak disenaraikan (SYTS) agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengarah syarikat yang cekap. Perlaksanaan program latihan ini telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 17 Mei 2001 yang diikuti dengan program latihan kepada pengarah-pengarah nominee Permodalan Nasional Berhad (PNB) selama dua (2) hari dari 17 Mei hingga 18 Mei 2001 di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 3. Program latihan ini akan dikendalikan ke seluruh negara mulai pada bulan Ogos 2001 khusus untuk semua pengarah SYTS. Program latihan ini seterusnya akan meliputi semua pengarah baru dan bakal pengarah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Mengikut statistik ROC sekarang ini terdapat lebih daripada 850,000 orang pengarah SYTS yang didaftarkan dalam 555,000 buah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Program ini akan dikendalikan dalam empat (4) bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. MODUL LATIHAN Latihan selama dua (2) hari mengandungi enam (6) modul seperti berikut:- Hari Pertama Modul 1: Tugas dan Tanggungjawab Pengarah-Pengarah Syarikat (1 1/2 jam) (The Duties And Responsibilities Of Companies Director) Modul 2: Undang-Undang dan Peraturan Mesyuarat Syarikat (1 1/2 jam) (Law And Practices Of Company Meetings) Modul 3: Kesalahan-Kesalahan Lazim oleh Pengarah-Pengarah Syarikat Di Bawah Akta Syarikat 1965 (1 1/2 jam) (Common Offences Committed By Company Director Under The Companies Act 1965) Hari Kedua Modul 4: Jenayah Perdagangaan (1 1/2 jam) (Economics Crime) Modul 5: Rasuah: Kesalahan-Kesalahan dan Pencegahannya (1 1/2 jam) (Corruption: Offences And Its Prevention) Modul 6: Pentingnya Tadbirurus Korporat yang Baik (1 1/2 jam) (The Importance Of Good Corporate Governance) 4. Bagi mencapai keberkesanan program latihan ini, ROC kini secara pentadbiran telah mewajibkan semua pengarah SYTS di negara ini untuk menyertai program latihan ini. Tindakan tersebut dibuat adalah bagi melaksanakan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mempastikan semua pengarah SYTS di negara ini berpengetahuan dalam undang-undang syarikat dan tadbirurus korporat. 5. Dengan pelaksanaan program latihan ini, matlamat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar SYTS diuruskan oleh pengarah-pengarah syarikat yang berpengetahuan dalam profesion mereka akan terlaksana dengan jayanya. Di samping itu program ini dijangka akan dapat menangani isu kurang pengetahuan dan ketidakpatuhan pengarah-pengarah syarikat kepada perundangan dan tadbir urus korporat di negara ini. 6. Sehubungan dengan perkara di atas, saya dengan ini menegaskan bahawa semua pengarah SYTS di negara ini adalah diwajibkan untuk menghadiri program latihan yang tersebut di atas yang dianjurkan oleh institusi atau syarikat yang dipilih oleh ROC untuk tujuan pelaksanaan program latihan ini ke seluruh negara. 7. Untuk maklumat seterusnya, sila hubungi institusi/syarikat di alamat seperti di bawah yang telah diluluskan Hak Latihan oleh ROC untuk mengendalikan program latihan ini. SMART DIRECTORS KNT SDN. BHD. Lot 3.1, Aras 3, Wisma MGU Jalan Pintu Pong 15000 Kota Bharu Kelantan Tel : 09-7440733, 7441733 & 7448429 Fax : 09-7485336 e-mail@smartdirectors.com Atau kepada Sekretariat ROC: PUAN RAJA HABIBAH BT RAJA SAIDIN Tel: 03-40492317/2331 Fax: 03-40492313 e-mail: rhabibah@roc.gov.my Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 'BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN' Saya yang menurut perintah, tt ( DATO' IDRUS BIN HARUN ) Pendaftar Syarikat, Malaysia.
|
 |
.jpg)
. . |  |
 |
 |  Surat di atas di taip semula daripada salinan asal. "PENGARAH BESTARI" |
 |  |
 | |
|
|  | |
|
Firma kami berada di * Lot 3.1 Aras 3 Wisma MGU, Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia Tel: 609-7440733, 7441733, 7448429 Fax: 609-7485336
59 Tingkat 1, Jalan Raja, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia Tel: 604-7317454, 7347150, 7393192 Fax: 604-7334480 |
|